Sunday, February 23, 2014

Mesyuarat Gabungan Persatuan Penolong Pegawai Sains IPTA Malaysia

Satu mesyuarat Gabungan Persatuan Penolong Pegawai Sains IPTA Malaysia (GPPSIPTA) ke 21 telah diadakan pada 22 Julai 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Sains Dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. PPPS UiTM telah menghantar wakil ke mesyuarat tersebut iaitu Pengerusi sendiri, En Burhanudin bersama 2 orang Exco iaitu Pn Zatul Iffah dan En Mohd Nazmi




Antara isi kandungan mesyuarat tersebut adalah membincangkan tentang baki jawatan PPS seluruh IPTA yang tertangguh sebanyak 96 orang yang telah diluluskan oleh JPA

Setiap wakil universiti yang hadir juga telah membentangkan aktiviti masing - masing 
  1. UPSI 
    1.  Bridging Program yang telah berlangsung di UPSI akan tamat sehingga tahap terakhir pada 30 Mac 2014. 
  2. UM 
    1. UM sedang membuat persiapan SKETMA ke-12 yang akan dijangka pada bulan Februari 2015
    2. Lawatan ke Universiti Malaysia Terengganu pada 22 Mac 2014
    3. Seminar Calibration yang akan bekerjasama dengan SIRIM pada bulan April 2014
    4. UM sedang menyusun tugas Juruteknik yang berkaitan kerja kerana masih ada Juruteknik yang menjalankan kerja Penolong Pegawai Sains
  3. UPM
    1. Lawatan ke luar negara akan diadakan untuk staf sokongan UPM secara berperingkat bertujuan memberi pendedahan budaya kerja cemerlang untuk staf Gred 40 ke bawah
  4. UiTM
    1. Makluman di dalam mesyuarat - Pembantu makmal di UiTM adalah seramai 202 orang. Untuk Bridging Program fasa ke-2 yang telah lulus adalah seramai 25 orang dan baki BP fasa pertama yang masih tidak dinaikkan pangkat adalah seramai 26 orang. 
    2. Peserta BP untuk fasa ke-3 masih belum dimulakan lagi
    3. Bengkel Pemurnian tugas hakiki Penolong Pegawai Sains akan diadakan pada bulan April 
    4. Presiden PPPS UiTM mencadangkan mini konvo kepada staf yang telah lulus BP sebagai meraikan mereka dan peserta BP boleh berterima kasih kepada jawatankuasa yang telah berusaha di dalam perlaksanaan BP di UiTM 
Pengerusi GPPSIPTA mencadangkan supaya setiap persatuan menjemput Presiden GPPSIPTA ke majlis yang akan diadakan di setiap universiti terutama mesyuarat agong sebagai menguatkan imej gabungan dan mengeratkan tali silaturrahim di antara universiti

UPSI memohon bantuan kepada gabungan persatuan bagaimana untuk membuat permohonan jawatan untuk PPS yang akan datang

Mesyuarat ditangguhkan pada masa yang telah ditentukan iaitu pada 21 Jun 2014 bertempat di UiTM

Sekian, terima kasih


Gambar - gambar ketika mesyuarat 



















No comments:

Post a Comment