Monday, February 27, 2017

MESYUARAT KHAS GABUNGAN PERSATUAN - PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI SAINS UNIVERSITI AWAM (GAJUM)

Pada Hari Sabtu bersamaan 11 Februari 2017, telah berlangsung mesyuarat khas Gabungan Persatuan Penolong Pegawai Sains Universiti Awam atau lebih dikenali sebagai GAJUM di Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam. Sebanyak 10 universiti awam menghadirkan diri pada mesyuarat tersebut.

Antara perkara - perkara yang telah dibincangkan pada mesyuarat tersebut ialah

  1. Penetapan AJK baru GAJUM kerana Pengerusi GAJUM iaitu Hj Zainal (UPM) telah bersara
  2. Penetapan SKETMA 2017 di UPSI
  3. Pengumpulan data staf makmal seluruh IPTA
  4. Permohonan naik taraf Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains 
Pada mesyuarat tersebut, Pengerusi PPSUiTM telah dilantik sebagai Setiausaha GAJUM

Diharap penglibatan Persatuan Penolong Pegawai Sains UiTM di dalam GAJUM akan memberi manfaat kepada semua staf makmal khususnya Penolong Pegawai Sains dan Pembantu Makmal seluruh UiTM.



Gambar - Gambar Ketika Mesyuarat

Friday, July 25, 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI



Saya mewakili Ahli Jawatankuasa Persatuan Penolong Pegawai Sains UiTM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Penolong Pegawai Sains dan Pembantu Makmal UiTM khasnya dan semua rakan - rakan sejawat dari universiti se-Malaysia amnya

Semoga perjalanan pulang ke kampung selamat sampai dan sambutan hari raya kali ini lebih meriah hendaknya.

Salam maaf zahir dan batin untuk semua

Thursday, June 26, 2014

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

     Kepada semua Penolong Pegawai Sains UiTM, saya mewakili ahli jawatankuasa Persatuan Penolong Pegawai Sains UiTM ingin mengucapkan Selamat Berpuasa 

Semoga ibadah puasa kita kali ini mendapat berkat hendaknya. Amin....







MESYUARAT MAJLIS PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KEHORMAT PPSIPTA MALAYSIA (MGPPSIPTA)

     Pada 21 Jun 2014 telah berlangsung mesyuarat gabungan PPSIPTA yang bertempat di Dewan Graha, Kolej Anggerik bermula pada pukul 2 petang.

Kehadiran adalah melibatkan Presiden dan Setiausaha PPSIPTA dari UPM, USM, UIA, UM, UPSI dan UiTM. 

Mesyuarat membincangkan beberapa perkara seperti penerangan laporan dari setiap universiti berkaitan aktiviti persatuan di tempat masing - masing, perjalanan Bridging Program, persiapan SKETMA yang akan diadakan di UM pada tahun depan dan juga permasalahan dalaman persatuan

Mesyuarat berlangsung sehingga pukul 5.30 petang dan telah diputuskan mesyuarat akan datang bertempat di UIA pada bulan September 2014

Gambar - gambar ketika mesyuarat

Thursday, June 5, 2014

BENGKEL TRANSFORMASI KEPIMPINAN DAN HALA TUJU STRATEGIK KERJAYA SKIM PERKHIDMATAN SAINS DI UiTM FASA 1

     Pada 27 dan 28 Mei 2014 telah berlangsungnya bengkel transformasi kepimpinan dan hala tuju strategik kerjaya skim perkhidmatan sains fasa 1. Bengkel yang dianjurkan oleh Kelab Pegawai Sains UiTM ini adalah bertujuan untuk membincangkan senarai tugas Penolong Pegawai Sains C27, C32 dan C36.  

Bengkel ini telah dihadiri oleh Penolong Pegawai Sains (PPS) yang dipilih dan Pegawai Sains sebagai fasilitator sepanjang bengkel tersebut berjalan. En Zulkifli sebagai Presiden KKUUiTM juga telah datang ke bengkel tersebut sebagai galakan kepada program yang telah diusahakan oleh Kelab Pegawai Sains.

Alhamdulillah, setelah 2 hari memerah otak dan bergabung idea dalam menyenaraikan senarai tugas PPS bermula dari C27 hinggalah ke C36 akhirnya dapat juga kita menyenaraikan senarai tugas tesebut dengan lebih terperinci dan tersusun.

Fasa ke-2 akan dijalankan tidak lama lagi untuk menyemak dan memperbetulkan lagi senarai tugas tersebut sebelum dihantar ke Pejabat Pendaftar untuk cadangan kelululusan. Semoga dengan wujudnya program bersama seperti ini maka bertambah eratlah hubungan di antara Kelab Pegawai Sains dan Persatuan Penolong Pegawai Sains dengan memperbanyakkan lagi program bersama pada masa akan datang

Sehubungan dengan itu, matlamat utama bengkel ini diwujudkan iaitu mewujudkan jawatan kenaikan pangkat PPS dan Pegawai Sains akan terlaksana juga, insyallah

Untuk melihat draf senarai tugas seperti yang dibincangkan di dalam bengkel tersebut, sila buka di ruangan pautan di atas


Gambar - Gambar Ketika Bengkel

Thursday, May 29, 2014

Majlis Jasamu Tetap Dikenang - Dato' Hj Omar Bin Hj Osman (Presiden CUEPACS)

Pada 27 Mei 2014 telah berlangsungnya majlis makan malam sempena meraikan Dato' Hj Omar Hj Osman, mantan Presiden CUEPACS berikutan persaraan beliau bermula pada 17 Disember 2013 yang lalu. Untuk makluman, Dato' Hj Omar Hj Osman telah berkhidmat sebagai Presiden CUEPACS selama lebih 7 tahun

Majlis tersebut telah dikelolakan oleh KKUiTM dengan semua wakil kelab - kelab di bawah naungan KKUiTM menjadi jemputan pada malam tersebut.

Persatuan Penolong Pegawai Sains juga turut menghantar wakil pada malam tersebut iaitu Presiden persatuan, En Burhanuddin, setiausaha persatuan, Pn Zatul Iffah dan ahli jawatankuasa persatuan, En Mohd Nazmi.

Untuk itu, persatuan mengucapkan Selamat Bersara kepada mantan presiden CUEPACS, Dato' Hj Omar Hj Osman dan kami tidak akan lupa semua jasa dan pengorbanan beliau dalam menjaga kebajikan semua kakitangan kerajaan. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang berlanjutan dan diharap perjuangan beliau tidak terhenti di sini sahaja dan kita sebagai kakitangan kerajaan akan tetap meneruskan perjuangan beliau demi kebaikan bersama 

Gambar -  Gambar Ketika Majlis Makan Malam

Tuesday, February 25, 2014

Apa Itu MSDS ?

MSDS adalah singkatan kepada Material Safety Data Sheet ataupun dipanggil Chemical Safety Data Sheet (CSDS)

MSDS amat penting dalam menyediakan pengguna yang akan mengendalikan bahan kimia dengan maklumat - maklumat seperti  pengendalian yang selamat, maklumat fizikal bahan kimia tersebut, tahap keracunan, kesan kepada kesihatan, pertolongan cemas yang berkaitan, kereaktifan, penyimpanan, pelupusan, perlindungan keselamatan dan pengurusan tumpahan

MSDS telah ditetapkan di dalam Peraturan 9(1) Occupational Safety And Health (Classification, Packaging and Labeling of Hazardous Chemicals) Regulations 1997 di mana pembekal  wajib membekal MSDS terkini  kepada pengguna. Pembekal juga perlu mengemaskini maklumat di dalam MSDS dari masa ke semasa dan memaklumkan kepada pengguna dengan menghantar salinan terkini