Tuesday, February 25, 2014

Apa Itu MSDS ?

MSDS adalah singkatan kepada Material Safety Data Sheet ataupun dipanggil Chemical Safety Data Sheet (CSDS)

MSDS amat penting dalam menyediakan pengguna yang akan mengendalikan bahan kimia dengan maklumat - maklumat seperti  pengendalian yang selamat, maklumat fizikal bahan kimia tersebut, tahap keracunan, kesan kepada kesihatan, pertolongan cemas yang berkaitan, kereaktifan, penyimpanan, pelupusan, perlindungan keselamatan dan pengurusan tumpahan

MSDS telah ditetapkan di dalam Peraturan 9(1) Occupational Safety And Health (Classification, Packaging and Labeling of Hazardous Chemicals) Regulations 1997 di mana pembekal  wajib membekal MSDS terkini  kepada pengguna. Pembekal juga perlu mengemaskini maklumat di dalam MSDS dari masa ke semasa dan memaklumkan kepada pengguna dengan menghantar salinan terkini

Sunday, February 23, 2014

Mesyuarat Gabungan Persatuan Penolong Pegawai Sains IPTA Malaysia

Satu mesyuarat Gabungan Persatuan Penolong Pegawai Sains IPTA Malaysia (GPPSIPTA) ke 21 telah diadakan pada 22 Julai 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Sains Dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. PPPS UiTM telah menghantar wakil ke mesyuarat tersebut iaitu Pengerusi sendiri, En Burhanudin bersama 2 orang Exco iaitu Pn Zatul Iffah dan En Mohd Nazmi


Tuesday, February 18, 2014

Kenaikan Pangkat Pembantu Makmal Ke Penolong Pegawai Sains

Assalamualaikum...

Tahniah kepada rakan - rakan dari pelbagai fakulti yang telah naik pangkat ke Penolong Pegawai Sains melalui Bridging Program / KPSL.


Diharap kenaikan pangkat ini dapat menambah keyakinan diri masing - masing dalam menjalankan tugas dengan lebih baik dan efisien.


Juga diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Persatuan Penolong Pegawai Sains dan pihak Pendaftar UiTM kerana telah membuatkan penantian pembantu makmal yang telah tamat Bridging Program / KPSL berakhir dengan dilantik ke Penolong Pegawai Sains


Berikut adalah senarai nama rakan - rakan yang telah berjaya dinaikkan pangkat <klik sini>


Kepada rakan - rakan yang tidak berjaya dalam temuduga ataupun masih tidak ditawarkan temuduga tetapi sudah tamat Bridging Program / KPSL, diharap bersabar kerana pelbagai usaha sedang dilakukan untuk rakan - rakan sekalian. Diharap semua pembantu makmal memberi sokongan kepada persatuan untuk kebaikan kita bersama


Sekian terima kasih

Friday, February 7, 2014

Mesyuarat Jawatankuasa 6 Julai 2014

Mesyuarat jawatankuasa Persatuan Penolong Pegawai Sains telah diadakan pada 6 Julai 2014 bertempat di Fakulti Sains Gunaan.

Antara kandungan mesyuarat tersebut adalah 

  1. Pemberitahuan tentang kehadiran wakil persatuan ke SKETMA dan mesyuarat GAJUM yang lepas bertempat di Universiti Sains Malaysia
  2. Pemberitahuan tentang mesyuarat GAJUM yang akan datang bertempat di UPSI dan pesatuan akan menghantar wakil ke mesyuarat tersebut
  3. Persatuan akan mengadakan bengkel untuk membincangkan tugas hakiki Penolong Pegawai Sains secara lebih terperinci untuk kemudahan pada masa akan datang berikutan tiada tugas hakiki yang rasmi digunakan sekarang ini
  4. Blog yang tidak dikemaskini untuk tempoh yang lama perlu dikemaskini sebagai penyampai maklumat kepada semua ahli tentang perkara yang berlaku berkaitan Penolong Pegawai Sains dan Pembantu Makmal. Facebook juga telah digunakan sebagai laman sosial untuk ahli berinteraksi sesama sendiri namun tidak menyeluruh kerana ramai yang tidak tahu kewujudan facebook tersebut
  5. Pemberitahuan tentang laporan kewangan persatuan berjumlah RM1368.00 dan tidak bertambah kerana kegagalan mengutip yuran daripada ahli
Mesyuarat ditangguh pada masa dan tempat yang akan diberitahu kelak.

Sekian, terima kasih 




Assalamualaikum....

Moderator meminta maaf kerana tidak mengemaskini blog untuk tempoh yang lama kerana kekangan tugas.
Insyaallah saya akan cuba update seberapa kerap yang mungkin selepas ini untuk kebaikan persatuan yang kita sayangi ini.


Kepada sesiapa yang mempunyai laman facebook, bolehlah add group ' Penolong Pegawai Sains UiTM' yang telah dihasilkan oleh salah seorang rakan kita di UiTM Perak

Berikut adalah link kepada group tersebut  https://www.facebook.com/groups/522073757809091/

Terima kasih kepada rakan - rakan yang masih mengikuti blog persatuan ini dan diharap jika ada apa -apa pandangan untuk memajukan persatuan kita, diharap boleh dikongsi bersama di dalam blog ataupun facebook



Sekian terima kasih
Moderator blog