Thursday, December 15, 2011

Bridging Program

Assalamualaikum...

Alhamdulillah UiTM atas usahasama Kelab Teknologis Makmal telah memastikan Bridging Program berjalan sehingga ke fasa kedua. Kali ini, Kelab telah berusaha untuk memastikan Bridging Program kali ini akan sampai ke penamatnya setelah terkandas pada Tahap 2. Insyaallah Tahap 2 akan bersambung sedikit masa lagi. Diharap semua pembantu makmal bersabar kerana perkara yang baik memerlukan pengorbanan yang besar.
Namun begitu, terdapat beberapa aduan tentang perkara-perkara yang berlaku sepanjang Tahap 1 berlangsung. Yang paling utama ialah masalah kelakuan 'pelajar-pelajar' yang mengikuti program ini. Ada sesetengah pensyarah yang terkilan dengan sikap mereka yang tidak menghormati pensyarah sepertimana hubungan pelajar-pensyarah yang normal. Bersikap acuh tak acuh, menghisap rokok, tidak menumpukan perhatian semasa kuliah adalah sebahagian daripada rungutan pensyarah yang terlibat. Ini secara tidak langsung melemahkan semangat pensyarah itu sendiri dalam membantu pelajar-pelajar lulus dalam program ini. Akibatnya ada pensyarah yang ingin mengundur diri daripada menjadi tenaga pengajar untuk tahap seterusnya. Ini akan merugikan pelajar yang masih ada cita-cita untuk berjaya dan bersungguh-sungguh mencari ilmu dalam program ini. 
Diharap perkara-perkara seperti ini tidak harus berlaku untuk tahap-tahap yang akan datang demi menjaga maruah dan integriti semua pembantu makmal. "Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Sebagai salah seorang peserta Bridging Program yang telah lulus kesemua tahap, saya merayu kepada semua rakan-rakan pembantu makmal yang sedang dan akan mengikuti program ini supaya menghormati semua pensyarah yang mengajar kerana ilmu yang berkat datang dari hati yang ikhlas. Moderator Blog ingin memohon maaf kalau terkasar bahasa cuma ingin menegur untuk kebaikan kita bersama.

Terima kasih 

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ke-7 KTMUiTM

Assalamualaikum...

Untuk makluman kepada semua ahli kelab, Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan yang sepatutnya berlangsung pada bulan September lepas telah ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sehubungan itu Jawatankuasa kelab telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat agong kali ke-7 pada bulan depan. Berikut adalah butir-butir mesyuarat :
  1. Tarikh       : 12 Januari 2012
  2. Hari           : Khamis
  3. Tempat     : Bilik Seminar Epsilon, FSG
  4. Kehadiran dialu-alukan kepada semua pembantu makmal, juruteknologis makmal dan penolong pegawai sains 
Antara agenda mesyuarat agong kali ini adalah pelantikan jawatankuasa baru untuk sesi akan datang, laporan kewangan kelab, keahlian kelab dan sebagainya. Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai. 
Semoga kehadiran tuan/puan dapat memajukan kelab kita dan mengukuhkan perpaduan di antara rakan-rakan kelab yang lain.

Sekian, terima kasih

KESKA Sale 2011 anjuran FKA

Assalamualaikum...

Kepada semua ahli kelab, KESKA Sale anjuran Fakulti Kejuruteraan Awam akan diadakan untuk kali yang kedua berikutan sambutan yang memberangsangkan. Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang ingin menyumbang segala apa bentuk barangan sekalipun untuk dijual pada hari tersebut, bolehlah menghubungi En Burhanuddin Adnan (013-6077900) untuk tindakan selanjutnya. Semakin banyak barangan, semakin banyaklah hasil jualan. Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada tabung Kelab Teknologis Makmal. Sumbangan dari tuan/puan amatlah dialu-alukan.
Beikut adalah butir-butir aktiviti tersebut :
  1. Tarikh       : 20 Disember 2011
  2. Masa         : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
  3. Tempat     : Depan Blok 1, Makmal FKA
Kepada sesiapa yang berkelapangan bolehlah hadir pada tarikh dan masa tersebut untuk memeriahkan majlis KESKA Sale pada kali ini.

Sekian, terima kasih

Monday, September 26, 2011

Jamuan Hari Raya KKUITM Bersama Kelab Dalaman

Assalamualaikum w.b.t
Dijemput semua ahli Kelab Teknologis Makmal untuk menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya KKUiTM bertempat di Dewan Gaharu, Kolej Anggerik UiTM pada hari Selasa bersamaan 27 September 2011 jam 11.00 pagi.

Bersamalah kita memeriahkan majlis hari raya pada hari tersebut sambil berkenalan dengan ahli-ahli kelab yang lain.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 20, 2011

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ke-7 & Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H

 Untuk makluman kepada semua staf makmal, Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan kali ke-7 dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan ditangguhkan ke tarikh lain yang akan ditentukan kelak. 

Segala kesulitan yang berlaku amatlah dikesali dan didahului dengan ribuan maaf.



Sekian, terima kasih

Thursday, September 8, 2011

Penjualan Baju Koporat Dan T-Shirt Kelab

Assalamualaikum..

Kepada semua staf makmal, Kelab Teknologis Makmal akan mengadakan jualan baju 
( Baju F1 & T-shirt ) pada mesyuarat agong yang akan diadakan pada 21 September 2011 ini. Kepada sesiapa yang ingin membeli baju tersebut bolehlah membuat tempahan pada hari tersebut. Contoh baju adalah seperti di bawah. Contoh baju juga akan dipamerkan pada hari tersebut.
Baju Korporat (L)
Baju Korporat (L)
T-Shirt (Unisex)
T-Shirt (Unisex)
Baju Korporat (P)

Baju Korporat (P)

Untuk Baju Korporat, nama kelab akan ditulis di bahagian belakang dan logo dan nama di bahagian hadapan. Harga = RM67.00 (Lelaki) dan RM88.00 (Perempuan)
Untuk T-shirt, nama kelab akan ditulis di bahagian belakang  dan logo di bahagian hadapan.
Harga = RM33.00
Untuk tempahan sila hubungi Cik Shaterah di nombor 0195695766

Diharap semua staf makmal akan menyokong penjualan baju ini sebagai inisiatif memajukan kelab kita

Sekian terima kasih

Yuran Keahlian

Assalamualaikum...

Kepada semua staf makmal, Kelab Teknologis Makmal akan mengadakan kutipan yuran yang telah berhenti sekian lama. Kutipan yuran yang dikumpul akan digunakan untuk perjalanan aktiviti kelab dan untuk aktiviti bersama seperti jamuan hari raya, mesyuarat agong, aktiviti sukan dan sebagainya. Sebelum membuat pembayaran, staf haruslah mengisi borang keahlian yang disertakan di bawah dan perlulah dihantar beserta yuran keahlian pada hari mesyuarat agong yang akan diadakan pada 21 September 2011.

Yuran keahlian kelab adalah sebanyak RM12.00 setahun.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah email kepada saya di nazmi354@salam.uitm.edu.my. Diharap mendapat kerjasama dari semua staf makmal UiTM demi memajukan kelab yang kita sayangi ini.

Sekian terima kasih

# Borang Keahlian sila klik di sini >>>

Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan KTMUiTM kali ke-7

Untuk makluman kepada semua staf makmal, Mesyuarat Agong Kelab Teknologis Makmal kali ke -7 dan Jamuan Hari Raya akan diadakan pada
  1. Tarikh           : 21 September 2011
  2. Hari               : Khamis
  3. Masa             : 8.00 pagi
  4. Tempat         : Bilik Mesyuarat Al-Jazari, Aras 6, Fakulti Kejuruteraan Awam
  5. Penyertaan  : Semua staf makmal dijemput hadir
Dalam mesyuarat tersebut, pemilihan jawatankuasa baru akan dibentuk. Pencalonan adalah terbuka kepada semua staf makmal yang berkaliber dan boleh menjalankan tugas dengan baik.Jawatankuasa yang akan dipertandingkan adalah 
  1. Pengerusi
  2. Timbalan Pengerusi
  3. Setiausaha
  4. Penolong Setiausaha
  5. Bendahari
  6. 10 orang AJK
 Jika ada sebarang pencalonan, bolehlah emailkan kepada saya nama dan fakulti calon di nazmi354@salam.uitm.edu.my untuk diproses. Undian adalah secara terbuka.Oleh itu, diharap calon yang disenaraikan hadir pada masa mesyuarat tersebut untuk melayakkan diri beliau untuk diundi.Diharap semua staf makmal dapat hadir pada hari tersebut dan memberikan kerjasama yang baik untuk kelab kita.

Akhir kata, majulah kelab kita untuk semua

Terima kasih

Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Kemerdekaan ke -54

Daripada Moderator Blog






















































Saturday, July 30, 2011

Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Kepada semua staf makmal UiTM, saya selaku wakil Kelab Teknologis Makmal mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Diharap kita bersama - sama memenuhi bulan yang penuh keberkatan ini dengan amalan - amalan yang diberkati seperti tadarus al-quran, bersedekah dan sebagainya.
Semoga segala amalan yang dilakukan diberkati Allah hendaknya.
Salam kemaafan kepada semua staf makmal.

Moderator blog


Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Monday, June 20, 2011

SKETMA 2011, UPM Serdang, Selangor

Pada 29 Mei hingga 1 Jun 2011 telah berlangsung Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal ke-10 (SKETMA) di Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia. Kelab Teknologis Makmal telah menghantar wakil seramai 40 orang untuk menghadiri seminar tersebut. Di antara tujuan seminar ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu, kerjasama dan pengalaman staf - staf makmal dari pelbagai universiti dengan harapan perkongsian ini akan meningkatkan mutu kerja serta tahap profesionalisme setiap warga kerja makmal. Salah satu dari pengisian seminar tersebut ialah pembentangan projek yang dikendalikan oleh staf makmal ataupun pihak universiti dengan bantuan warga kerja makmal tersebut. Malangnya Uitm tidak menghantar wakil pembentang kerana kurang pengalaman dan penglibatan kita dari segi penyelidikan.Diharap untuk Sketma yang akan datang ( Sketma 2013 di USM ) akan ada pembentang dari Uitm supaya kite boleh 'berdiri sama tinggi duduk sama rendah' dengan universiti - universiti yang lain. Akhir kata, diharap staf-staf makmal yang menghadiri seminar tersebut telah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing dan mempelajari sesuatu yang baru di luar 'kepompong' makmal masing - masing seterusnya berkongsi maklumat yang berguna kepada rakan - rakan makmal masing-masing. Semoga dengan penglibatan luar seperti ini akan meningkatkan mutu kerja serta kualiti makmal kita khususnya dan Uitm amnya.

Thursday, May 12, 2011

Jumbo Sale Fakulti Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam telah mengadakan Jumbo Sale pada hari Rabu ( 13 April 2011 ) yang lepas. Kelab Teknologis Makmal telah membuka gerai sepanjang program tersebut yang kendalikan oleh pengerusi kelab sendiri iaitu En Burhanuddin. Alhamdulillah tabung kelab kita ada penambahan hasil usaha pengerusi kelab. Tahniah kepada pengerusi kita!!


Aik! Nak menjual ke nak mengorat hehehe
Sebahagian barang-barang yang dijual

En Burhanuddin, En Md Desa, En Rosli, Pn Ramliza dan rakan2 lain

Ehem..Ehem..

Dah beli kene buat camni ye

Tahniah !! Peserta Bridging Program 2011

Kelab mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada semua peserta program Bridging Program Kali ke-2 yang memulakan kelas pertama pada hari Isnin ( 9 Mei 2011 ) di Bilik Kuliah 2, FSTMK. Subjek pertama yang harus mereka lalui ialah Matematik. Seramai 70 orang peserta telah bersetuju menyertai program ini yang dijangka akan mengambil masa sehingga akhir tahun ini.Di harap semua pelajar tidak kira tua atau muda akan dapat menyertai program ini sehingga lulus kesemua tahap ( Tahap 1-4 ). Akhir sekali tahniah dan selamat berjaya untuk peserta Bridging Program 2011 kali ini 

Peserta Bridgimg Program

Pengerusi Kelab Teknologis Makmal

Pn Rusni ( Penolong Peg Sains )

Tuesday, April 12, 2011

JUMBO SALE !!

Sukacita dimaklumkan pihak Kelab Teknologis Makmal UiTM akan mengambil bahagian dalam jualan Jumbo Sale anjuran Fakulti Kejuruteraan Awam pada tarikh berikut:
 
Tarikh : 13 April 2011
Masa  : 8.00 am - 5 pm
Tempat : Blok 1 Kompleks Kejuruteraan
               ( Ruang Legar Depan Makmal FKA )


Booth kelab akan menjual barang terpakai pada hari tersebut. Kami memohon sekiranya tuan/puan berhasrat untuk mendermakan apa jua bentuk barang terpakai (pakaian, buku, mainan, barang perhiasan, peralatan elektronik, dan sebagainya), boleh lah menyalurkan sumbangan tuan/puan itu kepada :
En. Burhanuddin Adnan (FKA, 55435219 / 013-6077900)
En. Mohd Syeth Ahmad (MEDIC, 55442994),
En. Hayub Ta (FSG) (samb - 1747)
Zatul-'Iffah Omar (FPG, 55443983)
En. Hazri Othman (FKA, 55435219)


Aktiviti ini bertujuan untuk menambah tabung kelab di samping memupuk semangat kerjasama di antara kita.

Kehadiran tuan/puan juga dialu-alukan untuk memeriahkan lagi Jumbo Sale ini. Sokongan padu tuan/puan amat kami hargai. JUMPA DI JUMBO SALE!

Sekian, terima kasih.

Tuesday, April 5, 2011

Bridging Program 2011


Sukacita dimaklumkan kepada  semua Pembantu Makmal (Gred C17/C22/C26),  permohonan bagi menyertai program peralihan Tahap 1 Pembantu Makmal (Gred C17/22/26) ke Penolong Pegawai Sains (C27) telah dibuka. Tuan/puan boleh membuat permohonan dengan mengisi borang yang disertakan bersama penawaran ini.
Tarikh tutup permohonan Program Peralihan Tahap 1 adalah pada 29 April 2011

Sekian, harap maklum dan terima kasih

 Penolong Pendaftar

                              

Friday, March 18, 2011

Bengkel Skim Perkhidmatan Kumpulan Sokongan 1

Pada 25 - 27 Februari 2011 yang lalu, Bengkel Skim Perkhidmatan Kumpulan Sokongan 1 anjuran GAKUM telah diadakan di D'Impiana Inn, Batu Pahat, Johor yang dikelolakan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bengkel ini dihadiri oleh :
1. En Zulkifli Mohamed (Presiden KKUUiTM)
2. Pn. Hjh Rasan Halipah Yusoff
3. En. Khalili Mat Som
4. Pn. Rusni Salleh
5. Pn. Rusni Harun
6. En. Abd. Halim Mohd Noor
7. En. Ahmad Shafik Rosli
8. Pn. Thukkiyah Misnan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan kefahaman mengenai penyediaan kertas kerja kajian skim perkhidmatan.
(Sumber dari Pejabat KKUUiTM)

Friday, March 11, 2011

Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal ke-10 (SKETMA 10)

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,
Dipanjangkan maklumat seminar berikut untuk makluman dan penyertaan tuan/puan.
Sukacita dimaklumkan bahawa Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal ke-10 (SKETMA 10) anjuran Universiti Putra Malaysia akan diadakan pada tarikh tersebut :

Tarikh : 29 Mei - 1 Jun 2011
Tempat : Dewan Seminar Fakulti Kejuruteraan UPM
Untuk pengetahuan semua, Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal (SKETMA) merupakan program dwi-tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Penolong Pegawai Sains IPTA. SKETMA ini dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1993 oleh Universiti Putra Malaysia dan ianya dianjurkan secara bergilir-gilir oleh IPTA di Malaysia. SKETMA merupakan landasan bagi pegawai kumpulan sokongan yang terdiri daripada pegawai makmal IPTA, agensi kerajaan dan swasta berkongsi maklumat, kepakaran dan jaringan kerjasama dalam satu persidangan di peringkat kebangsaan.
Dalam persidangan ini ahli-ahli akan membentangkan kertas kerja berkaitan dengan bidang tugas dan kepakaran mereka yang selama ini berada di belakang para penyelidik dan pensyarah dalam menjalankan penyelidikan. Seminar ini terbuka kepada penyelidik, pensyarah, pegawai sains dan lain-lain pegawai dari IPTA, IPTS dan agensi luar yang berkaitan untuk membentangkan kertas kerja berlandaskan skop yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari laman web ini :

http://www.ppsupm.com/sketma-10.html

Sekian terima kasih.
Zatul-'Iffah Omar
Setiausaha KelabTel      : 03 55443983Fax     : 03 55435803e-mel : zatul598@salam.uitm.edu.my

Mesyuarat Jawatankuasa Bridging Program

Mesyuarat Jawatankuasa Bridging Program telah bermula, persiapan pelaksanaan dan semakan silibus sedang dikemaskini untuk di maklumklan kepada pendaftar.
(Sumber dari Pn Faradiba JpbSM UiTM).

Program intensif dijangka bermula pada mei 2011 ( cuti semseter ).


Permohonan Perjawatan PPS 2012 akan di majukan kepada pendaftar pada minggu depan (sumber dari Pn Nurul Huda Unit Perancangan Guna Tenaga UiTM) sebelum di bawa ke Mesyuarat Perjawatan JPA akhir Mac ini.


Sekian untuk makluman setakat ni, doakan semuga semuanya berjalan lancar demi
DESTINI ANAK BANGSA DAN WARGA KELAB.


Wassalam.

BURHANUDDIN ADNAN

Pengerusi kelab

Bridging Program 2011

BRIDGING PROGRAM 2011

Merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Bridging Program yang telah pun bermula, segala persiapan dan semakan silibus sedang dikemaskini untuk dimaklumkan kepada Pendaftar.
Program intensif ini dijangka akan bermula pada bulan Mei 2011 (pada cuti semester).

Pihak Kelab Teknologis Makmal ingin memanjangkan maklumat ini kepada Pembantu Makmal (yang belum menduduki/belum lulus Bridging Program) untuk menyemak perkembangan
semasa BP di i-Staf Portal serta emel yang akan diumumkan pada penghujung Mac ini.

Sekian, harap maklum.

(Sumber dari JPbSM)

Monday, February 28, 2011

Taklimat Kepada Ahli Ceupacs - Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Kebankrapan Dan Bantuan Guaman

Dimaklumkan bahawa taklimat di atas akan diadakan kepada ahli-ahli CUEPACS (ahli Kesatuan kakitangan Umum UiTM) pada 2 Mac 2011 (Rabu) di Putra Jaya.

Kesatuan kakitangan UiTM diwakili dari Kelab-kelab dalaman.

Kelab Teknologis Makmal diwakili oleh -
     
        1. En Anuar b Ibrahim - FSG
        2. En Khalid b Abdul Rahman - FSG
        3. En Burhanuddin b Adnan - FKA
        4. Che Zatul-'Iffah bt Omar - Pergigian

Pengerusi Kelab

Friday, February 11, 2011

Perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Program Peralihan Pembantu Makmal Ke Penolong Pegawai Sains UiTM

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah berjaya mendapatkan pengiktirafan Program Peralihan setara dengan peperiksaan khas bagi tujuan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains (C27) pada 13 Mac 2007 dari JPA.

Bagi melaksanakan dan memantau program di atas berjalan dengan lancar seawal 2011, pihak Pendaftar telah melantik Ybg. Prof Madya Dr. Haji Zaini Hamzah bagi mengetuai Jawatankuasa tersebut.

Atas lantikan tersebut dan kerjasama yang diberikan bagi memastikan objektif Program berjalan dengan lancar, kami bagi pihak Kelab Teknologis Makmal UiTM dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pengerusi Kelab

Monday, January 31, 2011

Majlis Sambutan Aidilfitri GAKUM

Kelab Teknologis Makmal UiTM turut serta menghantar wakil ke Majlis Sambutan Aidilfitri GAKUM di Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya pada 4/10/2010.

Tuesday, January 25, 2011

Mesyuarat GAJUM

Mesyuarat GAJUM ke 15 di UPM pada 15 Januari 2011
GAJUM ialah gabungan antara Persatuan Juruteknologis atau Penolong Pegawai Sains Universiti atau IPTA Malaysia yang dianggotai oleh UPM, UM, UKM, UTM, USM, UMS, UNIMAS, UPSI, UMT, UIAM dan tak ketinggalan UiTM. Mesyuarat ke 15 berlangsung di UPM Serdang dan sebelum ini (mesyuarat ke 14) berlangsung di UMT Kuala Terengganu. Kelab tidak pernah ketinggalan menghantar wakilnya. Diantara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah permasalahan dan aktiviti staf makmal di IPTA masing-masing melalui laporan setiap IPTA, pelaksanaan Program Peralihan Pembantu Makmal, Isu berkaitan dengan pengisian PPS dan kekananan PPS, Pusat latihan PPS, SKETMA 10 dan lain-lain permasalahan yang berkaitan dengan kepentingan staf makmal IPTA.

3 'badang' kelab
'badang' fakulti lain hehe
gaji naik..gaji naik..gaji...

Perjumpaan Bersama Prof Madya Hj. Abd. Razak



8 November 2010 bersamaan 1 Zulhijjah 1431


Ahli Jawatankuasa Kelab Teknologis Makmal UiTM yang diketuai oleh Pengerusinya, Encik Burhanudin Adnan telah mengadakan kunjungan hormat bekas pengerusi Program Peralihan Pembantu Makmal, Prof. Madya Haji Abdul Razak Baba bertempat di Bilik Seminar Epsilon, Fakulti Sains Gunaan. Di antara tujuan utama kunjungan tersebut ialah untuk menyampaikan penghargaan Kelab kepada Prof. Madya Haji Abdul Razak dan juga bertukar-tukar pandangan bagi penambahbaikan berterusan mengenai perlaksanaan Program Peralihan Pembantu Makmal Sesi Kedua yang dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun 2011.

Monday, January 24, 2011

Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog Kelab Juruteknologis Makmal. Untuk makluman, blog ini baru sahaja dibangunkan dan perlu banyak usaha untuk dibangunkan. kepada sesiapa yang mempunyai idea yang menarik dan kreatif, janganlah segan silu untuk meluahkan segala maklumat yang ada untuk kebaikan kelab kita. Sila hantar cadangan anda kepada nazmi354@salam.uitm.edu.my. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih. Wasalam