Friday, March 11, 2011

Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal ke-10 (SKETMA 10)

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,
Dipanjangkan maklumat seminar berikut untuk makluman dan penyertaan tuan/puan.
Sukacita dimaklumkan bahawa Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal ke-10 (SKETMA 10) anjuran Universiti Putra Malaysia akan diadakan pada tarikh tersebut :

Tarikh : 29 Mei - 1 Jun 2011
Tempat : Dewan Seminar Fakulti Kejuruteraan UPM
Untuk pengetahuan semua, Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal (SKETMA) merupakan program dwi-tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Penolong Pegawai Sains IPTA. SKETMA ini dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1993 oleh Universiti Putra Malaysia dan ianya dianjurkan secara bergilir-gilir oleh IPTA di Malaysia. SKETMA merupakan landasan bagi pegawai kumpulan sokongan yang terdiri daripada pegawai makmal IPTA, agensi kerajaan dan swasta berkongsi maklumat, kepakaran dan jaringan kerjasama dalam satu persidangan di peringkat kebangsaan.
Dalam persidangan ini ahli-ahli akan membentangkan kertas kerja berkaitan dengan bidang tugas dan kepakaran mereka yang selama ini berada di belakang para penyelidik dan pensyarah dalam menjalankan penyelidikan. Seminar ini terbuka kepada penyelidik, pensyarah, pegawai sains dan lain-lain pegawai dari IPTA, IPTS dan agensi luar yang berkaitan untuk membentangkan kertas kerja berlandaskan skop yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari laman web ini :

http://www.ppsupm.com/sketma-10.html

Sekian terima kasih.
Zatul-'Iffah Omar
Setiausaha KelabTel      : 03 55443983Fax     : 03 55435803e-mel : zatul598@salam.uitm.edu.my

No comments:

Post a Comment