Saturday, July 30, 2011

Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Kepada semua staf makmal UiTM, saya selaku wakil Kelab Teknologis Makmal mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Diharap kita bersama - sama memenuhi bulan yang penuh keberkatan ini dengan amalan - amalan yang diberkati seperti tadarus al-quran, bersedekah dan sebagainya.
Semoga segala amalan yang dilakukan diberkati Allah hendaknya.
Salam kemaafan kepada semua staf makmal.

Moderator blog


Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Monday, June 20, 2011

SKETMA 2011, UPM Serdang, Selangor

Pada 29 Mei hingga 1 Jun 2011 telah berlangsung Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal ke-10 (SKETMA) di Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia. Kelab Teknologis Makmal telah menghantar wakil seramai 40 orang untuk menghadiri seminar tersebut. Di antara tujuan seminar ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu, kerjasama dan pengalaman staf - staf makmal dari pelbagai universiti dengan harapan perkongsian ini akan meningkatkan mutu kerja serta tahap profesionalisme setiap warga kerja makmal. Salah satu dari pengisian seminar tersebut ialah pembentangan projek yang dikendalikan oleh staf makmal ataupun pihak universiti dengan bantuan warga kerja makmal tersebut. Malangnya Uitm tidak menghantar wakil pembentang kerana kurang pengalaman dan penglibatan kita dari segi penyelidikan.Diharap untuk Sketma yang akan datang ( Sketma 2013 di USM ) akan ada pembentang dari Uitm supaya kite boleh 'berdiri sama tinggi duduk sama rendah' dengan universiti - universiti yang lain. Akhir kata, diharap staf-staf makmal yang menghadiri seminar tersebut telah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing dan mempelajari sesuatu yang baru di luar 'kepompong' makmal masing - masing seterusnya berkongsi maklumat yang berguna kepada rakan - rakan makmal masing-masing. Semoga dengan penglibatan luar seperti ini akan meningkatkan mutu kerja serta kualiti makmal kita khususnya dan Uitm amnya.

Thursday, May 12, 2011

Jumbo Sale Fakulti Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam telah mengadakan Jumbo Sale pada hari Rabu ( 13 April 2011 ) yang lepas. Kelab Teknologis Makmal telah membuka gerai sepanjang program tersebut yang kendalikan oleh pengerusi kelab sendiri iaitu En Burhanuddin. Alhamdulillah tabung kelab kita ada penambahan hasil usaha pengerusi kelab. Tahniah kepada pengerusi kita!!


Aik! Nak menjual ke nak mengorat hehehe
Sebahagian barang-barang yang dijual

En Burhanuddin, En Md Desa, En Rosli, Pn Ramliza dan rakan2 lain

Ehem..Ehem..

Dah beli kene buat camni ye

Tahniah !! Peserta Bridging Program 2011

Kelab mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada semua peserta program Bridging Program Kali ke-2 yang memulakan kelas pertama pada hari Isnin ( 9 Mei 2011 ) di Bilik Kuliah 2, FSTMK. Subjek pertama yang harus mereka lalui ialah Matematik. Seramai 70 orang peserta telah bersetuju menyertai program ini yang dijangka akan mengambil masa sehingga akhir tahun ini.Di harap semua pelajar tidak kira tua atau muda akan dapat menyertai program ini sehingga lulus kesemua tahap ( Tahap 1-4 ). Akhir sekali tahniah dan selamat berjaya untuk peserta Bridging Program 2011 kali ini 

Peserta Bridgimg Program

Pengerusi Kelab Teknologis Makmal

Pn Rusni ( Penolong Peg Sains )

Tuesday, April 12, 2011

JUMBO SALE !!

Sukacita dimaklumkan pihak Kelab Teknologis Makmal UiTM akan mengambil bahagian dalam jualan Jumbo Sale anjuran Fakulti Kejuruteraan Awam pada tarikh berikut:
 
Tarikh : 13 April 2011
Masa  : 8.00 am - 5 pm
Tempat : Blok 1 Kompleks Kejuruteraan
               ( Ruang Legar Depan Makmal FKA )


Booth kelab akan menjual barang terpakai pada hari tersebut. Kami memohon sekiranya tuan/puan berhasrat untuk mendermakan apa jua bentuk barang terpakai (pakaian, buku, mainan, barang perhiasan, peralatan elektronik, dan sebagainya), boleh lah menyalurkan sumbangan tuan/puan itu kepada :
En. Burhanuddin Adnan (FKA, 55435219 / 013-6077900)
En. Mohd Syeth Ahmad (MEDIC, 55442994),
En. Hayub Ta (FSG) (samb - 1747)
Zatul-'Iffah Omar (FPG, 55443983)
En. Hazri Othman (FKA, 55435219)


Aktiviti ini bertujuan untuk menambah tabung kelab di samping memupuk semangat kerjasama di antara kita.

Kehadiran tuan/puan juga dialu-alukan untuk memeriahkan lagi Jumbo Sale ini. Sokongan padu tuan/puan amat kami hargai. JUMPA DI JUMBO SALE!

Sekian, terima kasih.

Tuesday, April 5, 2011

Bridging Program 2011


Sukacita dimaklumkan kepada  semua Pembantu Makmal (Gred C17/C22/C26),  permohonan bagi menyertai program peralihan Tahap 1 Pembantu Makmal (Gred C17/22/26) ke Penolong Pegawai Sains (C27) telah dibuka. Tuan/puan boleh membuat permohonan dengan mengisi borang yang disertakan bersama penawaran ini.
Tarikh tutup permohonan Program Peralihan Tahap 1 adalah pada 29 April 2011

Sekian, harap maklum dan terima kasih

 Penolong Pendaftar

                              

Friday, March 18, 2011

Bengkel Skim Perkhidmatan Kumpulan Sokongan 1

Pada 25 - 27 Februari 2011 yang lalu, Bengkel Skim Perkhidmatan Kumpulan Sokongan 1 anjuran GAKUM telah diadakan di D'Impiana Inn, Batu Pahat, Johor yang dikelolakan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bengkel ini dihadiri oleh :
1. En Zulkifli Mohamed (Presiden KKUUiTM)
2. Pn. Hjh Rasan Halipah Yusoff
3. En. Khalili Mat Som
4. Pn. Rusni Salleh
5. Pn. Rusni Harun
6. En. Abd. Halim Mohd Noor
7. En. Ahmad Shafik Rosli
8. Pn. Thukkiyah Misnan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan kefahaman mengenai penyediaan kertas kerja kajian skim perkhidmatan.
(Sumber dari Pejabat KKUUiTM)