Thursday, June 26, 2014

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

     Kepada semua Penolong Pegawai Sains UiTM, saya mewakili ahli jawatankuasa Persatuan Penolong Pegawai Sains UiTM ingin mengucapkan Selamat Berpuasa 

Semoga ibadah puasa kita kali ini mendapat berkat hendaknya. Amin....







MESYUARAT MAJLIS PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KEHORMAT PPSIPTA MALAYSIA (MGPPSIPTA)

     Pada 21 Jun 2014 telah berlangsung mesyuarat gabungan PPSIPTA yang bertempat di Dewan Graha, Kolej Anggerik bermula pada pukul 2 petang.

Kehadiran adalah melibatkan Presiden dan Setiausaha PPSIPTA dari UPM, USM, UIA, UM, UPSI dan UiTM. 

Mesyuarat membincangkan beberapa perkara seperti penerangan laporan dari setiap universiti berkaitan aktiviti persatuan di tempat masing - masing, perjalanan Bridging Program, persiapan SKETMA yang akan diadakan di UM pada tahun depan dan juga permasalahan dalaman persatuan

Mesyuarat berlangsung sehingga pukul 5.30 petang dan telah diputuskan mesyuarat akan datang bertempat di UIA pada bulan September 2014

Gambar - gambar ketika mesyuarat

Thursday, June 5, 2014

BENGKEL TRANSFORMASI KEPIMPINAN DAN HALA TUJU STRATEGIK KERJAYA SKIM PERKHIDMATAN SAINS DI UiTM FASA 1

     Pada 27 dan 28 Mei 2014 telah berlangsungnya bengkel transformasi kepimpinan dan hala tuju strategik kerjaya skim perkhidmatan sains fasa 1. Bengkel yang dianjurkan oleh Kelab Pegawai Sains UiTM ini adalah bertujuan untuk membincangkan senarai tugas Penolong Pegawai Sains C27, C32 dan C36.  

Bengkel ini telah dihadiri oleh Penolong Pegawai Sains (PPS) yang dipilih dan Pegawai Sains sebagai fasilitator sepanjang bengkel tersebut berjalan. En Zulkifli sebagai Presiden KKUUiTM juga telah datang ke bengkel tersebut sebagai galakan kepada program yang telah diusahakan oleh Kelab Pegawai Sains.

Alhamdulillah, setelah 2 hari memerah otak dan bergabung idea dalam menyenaraikan senarai tugas PPS bermula dari C27 hinggalah ke C36 akhirnya dapat juga kita menyenaraikan senarai tugas tesebut dengan lebih terperinci dan tersusun.

Fasa ke-2 akan dijalankan tidak lama lagi untuk menyemak dan memperbetulkan lagi senarai tugas tersebut sebelum dihantar ke Pejabat Pendaftar untuk cadangan kelululusan. Semoga dengan wujudnya program bersama seperti ini maka bertambah eratlah hubungan di antara Kelab Pegawai Sains dan Persatuan Penolong Pegawai Sains dengan memperbanyakkan lagi program bersama pada masa akan datang

Sehubungan dengan itu, matlamat utama bengkel ini diwujudkan iaitu mewujudkan jawatan kenaikan pangkat PPS dan Pegawai Sains akan terlaksana juga, insyallah

Untuk melihat draf senarai tugas seperti yang dibincangkan di dalam bengkel tersebut, sila buka di ruangan pautan di atas


Gambar - Gambar Ketika Bengkel