Laman Utama // Maklum Balas Akhbar // Maklum Balas Akhbar: "Mohon Kerajaan Naik Pangkat Pembantu Makmal"
Maklum Balas Akhbar: "Mohon Kerajaan Naik Pangkat Pembantu Makmal"
18 September 2012
Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada artikel bertajuk "Mohon Kerajaan
Naik Pangkat Pembantu Makmal" bertarikh 30 Ogos 2012 yang disiarkan di
dalam akhbar Sinar Harian. Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai Pihak Berkuasa Melantik boleh
melantik Pembantu Makmal Gred C17 yang telah mengikuti kursus peralihan
untuk mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C27 di
IPTA. Kursus peralihan yang dilaksanakan oleh IPTA bertujuan menyediakan
laluan kepada Pembantu Makmal Gred C17 meningkatkan kerjaya mereka ke
peringkat yang lebih tinggi. Namun, pelantikan Pembantu Makmal Gred C17
yang telah mengikuti kursus peralihan kepada Penolong Pegawai Sains Gred
C27 adalah tidak secara automatik kerana ianya tertakluk kepada
kekosongan jawatan di sesebuah IPTA. Sehingga
31 Ogos 2012, jumlah keseluruhan perjawatan Pembantu Makmal Gred
C17/C22 di 20 IPTA adalah 1,296 jawatan. Manakala jumlah perjawatan
Penolong Pegawai Sains Gred C27/C32 adalah 750 jawatan. Jawatan Penolong
Pegawai Sains Gred C27 diwujudkan mengikut keperluan berdasarkan skop
fungsi tugas makmal di sesuatu fakulti atau pusat di IPTA sama ada
sesuai atau wajar dilaksanakan oleh Pembantu Makmal Gred C17 atau
Penolong Pegawai Sains Gred C27. Justeru,
Jabatan ini berpandangan, IPTA dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
perlu mengenal pasti jawatan Pembantu Makmal Gred C17 yang boleh ditukar
ganti kepada Penolong Pegawai Sains Gred C27 berdasarkan skop dan
kompleksiti tugas yang sesuai dan setaraf dengan peningkatan gred
jawatan. Dalam masa yang sama, KPT dan IPTA juga perlu merancang dengan
teliti keperluan untuk melaksanakan kursus peralihan kerana pelantikan
Pembantu Makmal Gred C17 ke jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C27
tertakluk kepada kekosongan jawatan.
Corporate Communications Unit
Public Service Department Malaysia
Putrajaya
14 September 2012
Public Service Department Malaysia
Putrajaya
14 September 2012